~Rhaudatul Jannah : Taman Syurga yg Menenangkn...~: Rahsia Solat =)

Rahsia Solat =)


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......


1 - Niat Sembahyang : 
        Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 
2 - Berdiri Betul :
        Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 
3 - Takbir-ratul Ihram :
        Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 
4 -  Fatihah : 
        Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur 
5 -  Ruqu' : 
        Sebagai tikar kita di dalam kubur. 
6 -  I'tidal :
        Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 
7 -  Sujud : 
        Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 
8 -  Duduk antara 2 Sujud :
        Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur 
9 -  Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
        Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar. 
10 - Tahhiyat Akhir : 
        Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di  dalam kubur. 
11 - Selawat Nabi : 
        Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 
12 - Salam : 
        Memelihara kita di dalam kubur. 
13 - Tertib : 
        Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T. 


Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : 
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat." 



Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu "FRIDAY the 13th" jika ada di kalangan kamu yang perasan!





“Maka kecelakaanlah akan didapati orang-orang yang solat. Yang solat mereka itu dalam keadaan lalai.”
Surah Al-Ma’un :4-5.
Apakah maksud dalam keadaan lalai dalam ayat ini?
Pertama, mereka lupa ketika mendirikan solat sehingga tidak disedari berapa rakaat solat yang sedang dikerjakan itu.
Kedua, mereka lalai dengan kedatangan waktu fardhu solat ataupun mereka ingat waktu solat tetapi bertangguh-tangguh, nanti dulu, nanti sebentar dan sebagainya.
Orang yang telah sampai keperingkat tidak merasai perbezaan antara solat di awal waktu dan solat di hujung waktu, maka dalam keadaan tersebut jika pun ia mendirikan solat, ia telah direzabkan oleh Allah untuk mendapat kedudukan yang selayaknya iaitu di dalam neraka.
Ketiga, mereka yang melupakan maksud sebenar solat yang diperintahkan oleh Allah, walaupun mendirikan solat, namun bukan dari kesedaran akan maksud dan hikmah solat yang diperintahkan oleh Allah.
Iaitu dengan niat yang bukan kerana Rindu mengadap Allah, bukan kerana mahu taat kepada suruhan Allah dan bukan kerana cintakan Allah.
Tetapi kerana sebab-sebab lain: -takut orang nampak diri tak solat, takut mak marah, terasa sebab Islam, jadi terpaksa solat.
Rujukan: Buku Khusyuk dalam Solat & http://justanimefreak.blogspot.com
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain

3 comments:

  z a z a

June 10, 2011 at 12:52 AM

mintak share. jazakallah :D

  Miss Lady Iena Nazir

June 28, 2011 at 10:15 AM

Rhaudatul Jannah..
sangat2 indah nama ni..
(:


*sorry komen xda kene mgena dgn entry.
(:

  -Faridz-

June 30, 2011 at 5:49 AM

zaza: sile2.

iena: thnx..