~Rhaudatul Jannah : Taman Syurga yg Menenangkn...~: An-Nur : 26

An-Nur : 26

Firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Maksud surah al-Nur 24:26]
Ramai diantara kita yang mnyalaherti kan dan menafsir secara literal ayat ini dan ia membawa maksud seperti : ' apabila kamu berbuat jahat, maka pasangan yg kamu dapat nanti juga akan jahat sepertimana kesalahan yang kamu telah lakukan. Untuk memudahkan kita memahami ayat ini, sy ada mnggariskan frasa2 yang penting yang menunjukkan ayat dari surah An-Nur ini tidak boleh difahami secara literal sahaja.
Ayat ini diturunkan sempena peristiwa fitnah ke atas A'isyah radiallahu anha. Maksudnya, seseorang yang bersuamikan orang yang baik, dia juga adalah orang yang baik. Memandangkan A'isyah bersuamikan Rasulullah s.a.w. yang baik, maka A'isyah juga adalah baik.
[1] Kaedah tafsir menyebut:
Sebab-sebab turun sesuatu ayat tidaklah membatasi pengajaran ayat tersebut jika ia (ayat itu) diturunkan dengan lafaz yang umum.
[2] Kaedah tafsir juga menyebut:
Ayat yang bersifat umum hendaklah difahami secara umum melainkan wujudnya nas lain (sama ada drpd al-Qur'an atau hadis yang sahih) yang mengecualikan keumuman tersebut.
Pengecualian memiliki beberapa peranan, antaranya ialah menerangkan fungsi sebenar sesuatu ayat yang umum tadi.[3] Kaedah tafsir juga menyebut:
Ayat yang bersifat perintah, penegasan dan penetapan hendaklah diungguli di atas ayat yang bersifat pengkhabaran dan anjuran.
[4] Kaedah usul pula menyebut:
Sesuatu istilah atau ayat hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at, sama petunjuk jelas (qath`i) yang berdiri dengan sendirinya atau petunjuk samar-samar (dzanni) yang apabila dihimpun bersama dapat mengarah kepada satu petunjuk yang jelas juga.
Berdasarkan 4 kaedah ini, boleh dibahas ayat 26 surah al-Nur di atas sebagai:
Pertama:
Sekalipun ianya diturunkan kepada A'isyah radiallahu `anha, keumuman ayat tersebut menjadi pembimbing bagi seluruh umat agar mencari yang baik sebagai pasangan hidupnya.
Kedua:
Kes Nabi Nuh `alaihi salam dan isterinya, Nabi Lut `alaihi salam dan isterinya serta kes Asiah radiallahu `anha dengan suaminya Fir`aun adalah pengecualian daripada keumuman ayat di atas.
Pengecualian 3 kes di atas dan lain-lain menunjukkan ayat 26 surah al-Nur bukanlah penetapan Allah ke atas manusia tetapi adalah pengkhabaran Allah kepada manusia tentang apa yang sepatutnya dijadikan bimbingan oleh mereka.
Ketiga:
Ayat 26 surah al-Nur bersifat pengkhabaran manakala saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) antara sesama manusia, juga antara sesama pasangan suami isteri, adalah merupakan perintah sama ada di dalam al-Qur'an atau al-Hadis. Mencari pasangan yang terbaik dari sudut agama juga merupakan suruhan agama (Hadis Sahih Muslim).
Justeru ayat 26 surah al-Nur di atas tidak boleh mengenepikan usaha mencari pasangan yang baik, saling menasihati, berdakwah dan Hisbah (`amar maaruf & nahi mungkar) sesama pasangan suami isteri.
Keempat:
Istilah "Baik" dan "Jahat" hendaklah difahami berdasarkan keseluruhan petunjuk syari`at dan bukan mengikut tafsiran manusia yang terbatas.
"Baik" di sisi Allah ada yang faedahnya serta merta dapat dikesan oleh manusia dan ada yang faedahnya hanya dapat dikesan oleh manusia setelah beberapa tempoh, malah mungkin tidak dapat dikesan langsung sepanjang hidupnya.
Sebagai contoh: Adakalanya sesuatu kejahatan di sisi manusia adalah jalan yang mengarah kepada kebaikan di sisi Allah, sebagaimana kejahatan Fir`aun adalah jalan yang telah menaikan darjat Asiah sebagai salah satu daripada 4 wanita termulia di dunia.
Inilah yang disebut sebagai: Allah sentiasa memberi yang terbaik, namun adakalanya Allah memberikan sesuatu yang buruk bagi mencapai kebaikan itu.
Maka dari sudut yang lain, Fir`aun adalah seseorang yang "baik", kerana dengan kejahatannya Asiah telah mendapat darjat yang mulia manakala manusia pula, dengan membaca kisah Fir`aun dalam al-Qur'an, dapat menjadikan dia sebagai teladan untuk membaikan diri mereka.
Wallahuallam. Semoga dpt membantu kita memahami ayat ini.

1 comments:

  ati

March 23, 2011 at 1:32 AM

baru saya faham...kadangkala disebabkan keburukan seseorg itu,kita mndapat ganjaran kerana bersbar...tidak semestinya jika alim seseorg itu,maka alim juga lah pasangannya kelak...? trima kasih fareez....saya fikir jika kita baik,maka kita mndapat jodoh y baik...itulah y dikatakan telah dijodohkan.....