Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu,
janganlah merasah tersisih...
tiada salahnya menyintai seseorang kerana...
cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang
sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai,
anggaplah ia satu kesempatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu
dengan cara yang ikhlas dan jujur
janganlah mengambil kesempatan dan janganlah melukakan
bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu
dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan..
kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza
sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan...
tiba-tiba cinta memilih untuk pergi...
tiada siapa yang harus dipersalahkan
relakanlah cinta itu pergi kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi...
dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti
ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta
kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa
kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri di dalamnya...
apabila ia datang mengetuk pintu hatimu...
nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia..
cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri...
bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hatimu....
6 comments:
August 16, 2009 at 2:42 AM
em,,cinta tue mmg misterius,
kdg,x tahu org tu suke kite seikhlas ati or sekadar nafsu semata..
act,sy sendiri kecewa ngan si dia coz si die xpandai nk respek sy as a gurl...
susah tol zaman skunk nk cari lelaki yg ikhlas....
August 16, 2009 at 5:38 PM
Cinta tidak boleh dipaksa. Tapi cinta boleh didekati ...
August 27, 2009 at 1:31 AM
cinta bole didekati. tp jgn pgg cintaq tu.. cinta akn dtg sndiri mcm rama2..
August 30, 2009 at 8:23 AM
cinta mmg nisteri..haha..
September 1, 2009 at 2:13 PM
ewah..penuh puitis gitu..hehehe..nice one..
September 6, 2009 at 4:52 AM
singgah kat blog syidee, byk-nya gal's follower. XDXD
Post a Comment