~Rhaudatul Jannah : Taman Syurga yg Menenangkn...~

Cinta dalam hati...

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.

Ya Allah, jika dia bukan pemilik tulang rusukku,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.

Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Amin....

Cinta itu..

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua.Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!


Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)

Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini.Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan, hambamu ini berdosa...

Ya Allah.. perkenankanlah doaku ini..

Wahai Maha Penyayang, jika aku jatuh cinta… benihkanlah cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-MU agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU.


Wahai Maha Penyayang, jika aku jatuh cinta… jagalah cintaku kepadanya agar tidak melebihi cintaku kepada-MU.


Wahai Maha Penyayang, jika aku jatuh hati… izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut kepada-MU agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta semu.


Wahai Maha Penyayang, jika aku jatuh hati… jagalah hatiku kepadanya agar tidak berpaling selain kepada hati-MU.


Wahai Maha Penyayang, jika aku rindu… rindukanlah aku kepada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU.


Wahai Maha Penyayang, jika aku rindu… jagalah rinduku kepadanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-MU.


Wahai Maha Penyayang, jika aku menikmati cinta kekasih-MU janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU.


Wahai Maha Penyayang, jika aku jatuh hati kepada kekasih-MU jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hanya sekadar tatapan...

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya, kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cubaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusia,
pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan wang yang cukup untuk membeli hadiah- hadiah.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itupula.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat memulakan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang pen
uh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia itu...





all of a sudden...

tgh bace hadis2 ni, trjumpe satu group hadis yyg mengigtkn aku pd arwah mama.. and i think it will be a good idea to put it here.

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akanhal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari
dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang
takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

smoga Allah mencucuri rahmat kpd rohnya.

-arwah mama- 14 july 2006 -

Al-fatihah...

i miss my late mum.. hurm..

final form ride..

final is juz around d corner. even today is the 2nd day of study week. but i think i'll steal enough time to blog a lil bit. xD

i got 4 paper for this sem. coz the other one paper didnt hav any final. so its been a relaxing (ops? did i said RELAXING?) sem for me. i think so.. ekeke..
















this is my final exam timetable. 2 weeks of hecticness. hhaha. but i still playing around. uh i need to start studying now. btw if u notice the start date is 11th may. niceeee~ date. if u noe wat i mean. :P gotta go now. study time.

Doa Yang Tak Pernah Putus...

Sahabat,
Kurenung ke dalam matanya,
Terpancar keikhlasan yang tidak mungkin dapat dirungkai melalui kata-kata,
Senyuman manis ku lemparkan,
Lantas tangannya ku sambut,
Masih hangat dengan kasih sayang,
Masih terasa kesungguhanya memimpin tanganku menempuh bahtera kehidupan,
Dia tersenyum.
Jelas kedengaran ikrar kata janji,
Takkan sesekali pengkhianatan dan dusta wujud dalam perhubungan ini,
Tangannya ku genggam,
Keyakinan yang ku tanam bertambah utuh bercambah di lubuk hati
Ya,akan ku jalani kehidupan ini dengan kesetiaan mu,
Akan ku jalani perjalanan ini bersama kekuatanmu,
Akan ku tempuh segala dugaan ini dengan senyuman keredhaan.
Kerna ku tahu,
Persahabatan yang kau hulurkan itu suci,
Takkan dicemari dengan kata-kata nista,
Biar pun onak dan duri perlu kita lalui kau takkan pernah berdusta,
Bukankah persahabatan adalah hubungan yang utuh tercipta di dunia ini.

Cinta,
Kurenung ke dalam matanya,
Keliru.
Aku masih tidak dapat merungkai apa yang terpancar,
Namun hati ini bagai tunduk dengan redup matanya,
Bagai ada satu perasaan yang timbul,
Lantas rasa malu menjengah,
Aku tertunduk,
Hati masih sangsi,
Tidak mungkin cinta,
Namun matanya lebih pantas merampas ketenangan yang terbit,
Hatinya semakin kuat berbicara,
Lebih jelas dan yakin,
Ku gagahkan diri,
Membalas renungan,
Cuba memberikan jawapan pada penantiannya,
Hampa,
Kekuatan tetap tidak kunjung tiba,
Sunyi mengisi ruang penantian,
Memberi penyeksaan pada setiap detik yang berlalu,
Aku jua sepertimu,
Aku ingin bersamamu hingga ke akhir hayat,
Menjadi saksi pada setiap detik nafasmu,
Menjadi sandaran pada setiap keluh kesahmu,
Bergandingan denganmu di usia emas menuju ke jalan Allah,
Menjadi penghulu bidadarimu di syurga,
Namun masanya masih tidak kunjung tiba,
Kehidupan ku masih panjang,
Aku belum bersedia,
Masih banyak tanggungjawab yang terpikul,
Bagaimana mungkin aku menyatakan semua ini kepadanya,
Ku harap dia sabar menanti,
Setia dengan rasa cinta yang sama.

Sahabat,Cinta dan Jiwa,
Aku memandang mahligai gah yang mengisi segala memoriku,
Lantas kedengaran hilai tawa penghuninya,
Kebahagiaan mengalir disetip rongga tubuhku,
Inilah dunia ku,
Dilimpahi dengan kasih sayang yang abadi,
Aku merenung wajah mereka satu persatu,
Hanya wajah bahagia dan penuh dengan kebahagiaan dipamerkan,
Renunglah dengan mata hati,
Kebenaran jelas kelihatan,
Wajah yang sentiasa dihiasi dengan senyuman ini sebenarnya menyimpan seribu rahsia,
Menyimpan segala pahit maung yang ditempuhi agar tiada siapa yang menyedarinya,
Kerna bagi mereka kebahagiaan penghuni lain lebih penting,
Jangan sesekali busuknya keperitan itu dihidu,
Bimbang kerisauan menapak di lubuk hati lantas menganggu fikiran,
Tapi mereka juga sedar,
Biar setinggi mana gunung halangan mereka daki,
Keluarga senantiasa bersama,
Membekalkan tali agar gunung yang didaki mudah ditawan,
Keluarga..pada setiapnya mengalir darah yang sama,
Pekatnya menewaskan air,
Alirannya menghangatkan setiap anggota badan,
Merahnya pekat tiada tandingan.
Semoga Allah mendirikan kami mahligai indah di syurganya.
Agar dapat kami sekeluarga bersama,
Berbahagia di dunia dan akhirat.