~Rhaudatul Jannah : Taman Syurga yg Menenangkn...~: 09/01/2009 - 10/01/2009

Tahap CINTA berdasarkan Al-Quran

Menurut hadis Nabi: Orang yang sedang jatuh cinta, cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu).

Sabda Nabi: Orang juga boleh diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu).

Sabda Nabi juga: ciri dari cinta sejati ada tiga -
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemahuan yang dicintai dibanding kemahuan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, mahunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih walaupun ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya.

Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antara orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim.

Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim ertinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedut seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) boleh jadi seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyedari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, isteri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta ra’fah, iaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak sanggup membangunkannya untuk solat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kes hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta shobwah, iaitu cinta buta, cinta yang mendorong kelakuan yang menyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahawa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika,
aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu.

Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab “Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin”, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, (hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi).

8. Cinta kulfah yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

credit to:iluvislam.com


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ciri-Ciri Lelaki Pilihan

Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih
Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti" Itulah sedikit
dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim
dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada
terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu
hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah
seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara.
Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja
Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah.
Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-
ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang
mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2
yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan
sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang
dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka
yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah
perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya,
dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi
fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang
sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh
mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika
parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak
bertanggungjawab

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd
air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan
bertindak.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


-by faridz-

Sifat -sifat isteri solehah

maaf sbb da lame x update blog. kali ni sy nk berkongsi sifat2 isteri solehah. smoga kite dapat mengubah diri menjadi org yg lebih baik..agar ad sifat2 ni. yg lelaki akn di post nt. insyaAllah. amin~

1) Membatasi pandangan hanya kepada suami.Dia puas dengannya dan tidak memandang selainnya , tidak membanding-bandingkannya dengan orang lain serta tidak mengharapkan perhatian daripada orang lain selain daripada suaminya.

2) Membataskan aktiviti2 hariannya di rumah menghadkan masa diluar rumah kecuali jika ada syarak menghalalkan dia berbuat demikian .

3) Bersegera meminta maaf meskipun dirinya dizalimi sabda Rasulullah saw; 'Mahukah engkau aku beritahu mengenai isteri-isterimi yang menjadi ahli syurga? Merekalah yang penuh kasih,subur dan suka meminta maaf.Iaitu isteri yang jika dizalimi dia berkata 'Inilah tanganku ada ditanganmu.Aku tidak akan tidur sehingga engkau redha kepadaku.' " ( H.R An-Nasa'ie)

4) Memenuhi hak2 suami dengan baik , mengasuh dan mendidik anak-anak dengan baik serta memenuhi hak kedua-duanya dengan baik.

5) Berusahalah supaya sentiasa tampil menarik setiap masa.Penampilannya cantik,aromanya wangi,tutur katanya lembut dan memikat dan baik tingkah lakunya .

6) Berusaha untuk tidak memperlihatkan hal2 yang tidak disukai suaminya.Isteri yang pintar tidak akan memperlihatkan darah haid atau nifas, tidak muntah , tidak membuang air kecil atau besar dihadpan suaminya , dengan alasan tidak perlu malu2 dihadapan suaminya lagi.Boleh jadi semua perbuatan sebegitu tidak disukai oleh suaminya.

7) Menghindari perkara2 yang boleh merosakkan penampilannya sebagai seorang wanita yang cantik kerana wanita diciptakan untuk berhias cantik.

8) Memberikan penghormatan kepada suami dengan sesuatu yang membahagiakan dan menyenangkan hatinya.

9) Pandai memasak serta pandai menjaga kebersihan diri , anak2 dan rumahtangga .

10) Cerdas dan cermat dalam bertindak,berbicara dan meminta.

11) Sabar,berani dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawab dalam rumahtangga.

12) Menghantar suami kedepan pintu setiap kali suami berangkat ke tempat kerja,menyambutnya setiap kali dia pulang. Berterima kasih diatas pemberiannya dan selalu mendoakan kebaikkan kepadanya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s: kita mmg x boleh jadi orang lain..tapi kita boleh jadi orang yg lebih baik.... -by faridz-