~Rhaudatul Jannah : Taman Syurga yg Menenangkn...~

T.i.D.u.R. means Sleeping. =)


Assalamualaikum w.b.t


Skrg ni musim cuaca tak menentu jadi rmi org yg kena demam or selsema. Jadi siapa yg sakit or demam tu sila mkn ubat dan berehat secukupnya. ^_^. Ok sebab da lama tak update so post ni agak panjang sket. Mari kita tgk amalan yg kita bole praktikkan sebelum kita tidur. 


Rasulullah berpesan kepada Aisyah r.a : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. . . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

· Rasulullah tersenyum dan bersabda :



1. "Sebelum engkau hendak tidur bacalah surah Al Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.





2.Selawat untukKu, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.





3.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.





Astaghfirullahalazim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )   ataupun bacaan panjang sket,


"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal
muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat "
Ampunilah aku ya Allah yang maha besar, kedua ibubapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."





4.Dan,perbanyakanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" 



Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. 


Selepas itu bacalah bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.

Coretan tambahan saya (~_^)v



Fakta:
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.


Jadi sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur kan? Betul tak? Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau nasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi. haha. =)

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Baca doa sebelum dan selepas tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur
orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul. semoga kita di jauhi dari gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan
mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah
sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

9.membaca surah Sajadah dan Al Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.

10.Tutup aurat ketika tidur.


P/s: tambahan. hihi
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."



Wallahuallam dan sekian =) terima kasih kerana membaca . maaf kalau post panjang v(~_^)v

Wordless Wednesday #5 - Tempat Bergantung


Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

for more info:Wordless Wednesday




=|

Jadual Waktu Berbuka dan Imsak Seluruh Malaysia 2011 / 1432h

Contoh untuk W.P. KL & Putrajaya :




































1. MELAKA 

2.JOHOR

3.PERAK 

4. SARAWAK 

5. SABAH 

6. TERENGGANU 

7. KELANTAN

8. SELANGOR 

9. PAHANG 

10. WILAYAH PERSEKUTUAN

11. WILAYAH PERSEKUTUAN

12. PERLIS 

13. NEGERI SEMBILAN 

14. KEDAH 

15. PULAU PINANG 

*tertakluk kepada pindaan dan pengisytiharan penyimpan mohor besar raja -raja.


**tarikh melihat anak bulan syawal juga tertakluk pada pengisytiharan penyimpan mohor besar raja -raja.

credit to: islam.gov.my (updated 29/7/2011) 
p/s: kalo ad update lg nt akan di update di cni juga =)
p/s/s: sng lg kalo right klik dan buka di tab baru.(open in new tab)

Wordless Wednesday #4 - 1 tahun 4 bulan

Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

for more info:Wordless Wednesday


#kecik2 da pandai pose kalo org nk amik gmbr :P

WORDLESS WEDNESDAY #3 - D.U.N.I.A

Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

for more info:Wordless Wednesday

credit to: iluvislam.com


- click to enlarge picture / klik untuk gambar yg lebih jelas -

Wordless Wednesday #2 - A Busy Life

Maksud Wordless Wednesday :
Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.

for more info:Wordless Wednesday



Happy belated father's & mother's day..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Happy belated father's and mother's day utk  arwah abah n mama. smoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman. Al-fatihah.






إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ، صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يَنْتَفِعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْ لَهُ
Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:,
1. Sedekah jariah,
2. Ilmu yang bermanfaat, atau
3. Anak soleh yang mendoakannya - smoga aku menjadi seorg ank yg soleh.. amin..