~Rhaudatul Jannah : Taman Syurga yg Menenangkn...~: 10/01/2009 - 11/01/2009

Cinta cara islam..

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya. Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Konsep Meminang

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.

"Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Perigi Cari Timba


Ada pula yang berkata, “Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, ‘macam perigi mencari timba’, ‘wanita tidak bermaruah’ dan macam-macam lagi.” Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah??

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.? Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam


Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

Untuk mereka yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Akan tetapi, bagi mereka yang merasakan diri sudah mampu untuk memikul tanggungjawab berumah tangga, mampu memberi nafkah zahir dan batin, maka bernikahlah. Tiada salahnya bernikah ketika belajar. Itu adalah lebih mulia daripada mereka yang ber’couple’, dan memuaskan nafsu mengikut telunjuk syaitan. Ikutilah cara-cara menuju pernikahan yang telah diterangkan di atas. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

credit to: iluvislam.com


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Hati & Perasaan..


Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita
Berjumpa Dengan Orang Yang Salah
Sebelum Menemui Insan Yang Betul
Supaya Apabila Kita Akhirnya Menemui
Insan Yang Betul, Kita Akan Tahu
Bagaimana Untuk Bersyukur Dengan
Nikmat Pemberian Dan Hikmah Di Sebalik
Pemberian Tersebut.

Apabila Salah Satu Pintu Kebahagiaan
Tertutup, Yang Lain Akan Terbuka Tapi
Lazimnya Kita Akan Memandang Pintu
Yang Telah Tertutup Itu Terlalu Lama
Hinggakan Kita Tidak Nampak Pintu Yang
Telahpun Dibukakan Untuk Kita.

Kenalan Yang Paling Baik Ialah Seseorang
Yang Anda Boleh Duduk Di Dalam Buaian
Dan Berbuai Bersama Tanpa Berkata Apa-
Apa Pun Dan Kemudian Berjalan Pulang
Dengan Perasaan Bahawa Itulah
Perbualan Yang Paling Hebat Yang
Pernah Dialami.

Memang Benar Yang Kita Tidak Akan Tahu
Apa Yang Telah Kita Punyai Sehinggalah
Kita Kehilangannya Dan Juga Benar
Bahawa Kita Tidak Tahu Apa Yang Kita
Rindukan Sehinggalah 'Ia' Datang.

Memberi Seseorang Seluruh Cinta Anda
Bukanlah Satu Kepastian Yang Mereka
Akan Menyintai Anda Kembali..

Jangan Harapkan Cinta Sebagai Balasan.
Nantikan Sahaja Ia Untuk Mekar Di
Dalam Hati Mereka Tapi Sekiranya Ia
Tidak, Pastikanlah Ia Terus Mekar Di
Dalam Hati Anda.

Ia Cuma Mengambil Masa Seminit Untuk Jatuh Hati Pada Seseorang, Satu Jam Untuk Menyukai
Seseorang, Satu Hari Untuk Menyintai
Seseorang Tetapi Ia Mengambil Masa
Sepanjang Hidup Untuk Melupakan
Seseorang.

Jangan Pandang Kepada Kecantikan
Kerana Boleh Jadi Ianya Palsu. Jangan
Kejar Kemewahan Kerana Ianya Akan
Susut. Carilah Seseorang Yang Membuatkan Anda Tersenyum Kerana Ia Cuma Memerlukan
Sekuntum Senyuman Untuk Mencerahkan
Hari Yang Suram. Carilah Yang
Membuatkan Hati Anda Tersenyum.

Akan Tiba Satu Ketika Di Dalam Kehidupan
Apabila Anda Teramatkan Rindukan
Seseorang Sehingga Anda Ingin
Menggapainya Dari Mimpi Anda Dan
Memeluknya Dengan Sebenar.

Mimpilah Apa Yang Ingin Anda Mimpikan,
Pergilah Ke Mana-Mana Yang Ingin Anda
Tujui Dan Jadilah Apa Yang Anda
Inginkan Kerana Anda Hanya Memiliki
Satu Kehidupan Dan Satu Peluang Untuk
Melakukan Semua Perkara Yang Ingin
Anda Lakukan.

Semoga Anda Memiliki Kebahagiaan Yang
Cukup Untuk Membuatkan Diri Anda
Menarik, Percubaan Yang Cukup Untuk
Membuatkan Anda Kuat, Kesedihan Yang
Cukup Untuk Memastikan Anda Adalah
Seorang Insan Dan Harapan Yang Cukup
Untuk Membuatkan Anda Bahagia Selalu..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

tolong beritahu si dia..

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..


Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..


Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..


Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..


Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..


Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..


Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..


Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..


Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..


Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..


Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..


Tolong sedarkan si dia. Dia masih milik keluarga..


Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabku besar kepada keluarga..


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..


Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..


Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..


Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..


Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..


Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..


Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..


Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..


Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..


Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..


Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..


Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri….

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..


Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

“Apabila kau ingin berteman,Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan,Kau mungkin akan menjauhinya….

Andai kau ingin berteman,Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,Kau akan membencinya….

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,Kau mungkin akan memfitnahnya…..

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,Kau mungkin akan menyalahkannya….

Andai kau ingin bersahabat,Terimalah dia seadanya,Kerana dia seorang sahabat,Yang hanya manusia biasa….

Jangan diharapkan sempurna,Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna…

Tapi bersahabatlah kerana Allah..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini